Nama ...
Jordan di dalam Bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan
kejayaan . Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari
keturunan Nabi Nuh as .
Kemerdekaan ...
25 Mei 1946
Kedudukan Geografi :
Barat Daya Asia
290 11’ - 330 22’ Utara dan 340 59’ – 390 18’ Timur
Kawasan ...
89 , 342 km2
Topografi ...
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan . Laut Mati dan Wadi
Araba . Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter
bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut . Menuju ke Timur , ketinggiannya
semakin bertambah dari utara ke selatan dengan direntasi aliran sungai dan
lembah . Puncak tertinggi di Jordan adalah gunung Umm ad Dami setinggi 1854
meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter . Lebar maksimum tanah
tinggi ini adalah 50 km . Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian
dari pedalaman Syam .
Iklim ...
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim
dingin . Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang
sederhana dan musim dingin yang sejuk . Manakala kawasan Ghawr adalah terlalu
panas semasa musim panas dan agak hangat sewaktu musim sejuk . Purata suhu
dalam bulan Januari di Amman , Irbid dan Aqabah adalah 7.3 , 8.5 dan 16.10C
secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7 , 24.7 dan 31.20C
pada bulan Julai . Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid
dan sekitar 37 mm di Aqabah
Tumbuhan Semulajadi ...
Tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala
hutan , pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan
Populasi ...
4 , 139 ,000 pada 1994
Kepadatan Penduduk ...
46 per segi Km
Bahasa ...
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama
Agama ...
95 % penduduk Muslim , 5 % Kristian
Bandar Utama ...
Amman sebagai ibu negara seramai 964,000 penduduk , Irbid seramai 208,000
penduduk dan az-Zarqa’ seramai 344,000 penduduk ( Bancian 1994 )
Kewangan ...
1 Dinar = 1000 Fils = 100 Qirsh ( Piasters ) , 100 Dolar = 70.8 JD .
Sejarah Jordan ...
Bermulanya perkembangan masyarakat di bumi ini ialah dengan kewujudan beberapa
kota bertembok yang muncul di Jordan sekitar 3200 SM . Ketika itu menyaksikan
di Baratnya wujud peradaban Mesir dan tamadun Mesopotamia di bahagian Timurnya
menjadikan Jordan sebagai laluan perdagangan yang sibuk . Zaman Besi menjelangnya
kurun pertama SM menyerlahkan kewujudan kerajaan – kerajaan kecil seperti
Edomites yang mentadbir di Selatan Jordan , Moabites bertapak di tengah Jordan
, Amorites pula memiliki ibu kota mereka di Hisban di Selatan Amman , Ammonites
menguasai sekeliling Amman manakala kerajaan Gilead menguasai kawasan Utara
Sungai az-Zarqa’ . Selanjutnya Arab Nabatean mengasaskan kerajaan mereka di
Selatan Jordan pada penghujung kurun pertama SM dengan ibu pemerintahan mereka
yang kebal di Petra namun akhirnya kecundang kepada kerajaan Roman pada awal
kurun ke-2 M . Roman telah mentadbir Jordan selama beratus-ratus tahun
sehinggalah diambil alih oleh Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinopel
dan bertanggungjawab menyebarkan Kristian di sini selama 400 tahun . Pada kurun
ke-7 M , tentera Islam telah keluar dari tanah Arab dan menguasai Roman dan
menjadikan Jordan sebagai tanah Islam sehinggalah sekarang . Pada 1916 , Raja
Hussein telah melancarkan Pemberontakan Arab menentang kerajaan Othmaniyyah dan
pada 1925 sebuah Emirate TransJordan telah diasaskan dengan Raja Abdullah (
datuk kepada Raja Hussein ) sebagai pemerintah . Jordan bebas sepenuhnya dari
cengkaman Great Britain pada tahun 1946 .
INDIVIDU …
Nabi Yusha’ bin Nun
Baginda merupakan pengikut Nabi Musa as dan pernah menjadi teman musafir Nabi
Musa as sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan Nabi Khidir as oleh Allah
Ta’ala . Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk memegang bekas ikan dan
memberitahu Nabi Musa as sekiranya ikan tersebut hilang ( Qasasul Anbiya’ )
Nabi Syuaib
Nabi Syuaib as diutuskan Kaum Madyan ( Bandar Madyan berdekatan dengan Ma’an di
sudut Syam dan berhampiran juga jika dari sudut Hijjaz dengan Laut Mati )
Baginda adalah Syuaib bin Yushkhor bin Lawi bin Ya’kub . Malah ada juga
pendapat yang menunjukkan pertalian nasab baginda dengan Nabi Ibrahim .
Dikatakan juga datuknya atau emaknya adalah anak kepada Nabi Luth . Malah ada
juga pendapat yang menyatakan baginda beriman ketika hari Nabi Ibrahim as
dibakar Namrud dan kemudian mengikut Nabi Ibrahim as berhijrah ke Damsyiq dan
ada pendapat lain menyatakan mereka berhijrah ke Syam dan keduanya berkahwin
dengan kedua anak perempuan Nabi Luth as . Nabi Syuaib as digelar sebagai
Pemidato Para Nabi kerana kepetahan dan keindahan ibarat yang digunakan dalam
berdakwah . Antara kemungkaran Kaum Madyan adalah mereka merompak , menghalang
dan mengganggu di jalan serta menyembah pokok ( yang besar dan merimbun ) di
samping menipu dalam sukatan dan timbangan . Mereka diazab Allah dengan kepanasan
yang amat sangat dan Allah kekalkan angin panas itu selama 7 hari dan tidak ada
guna walaupun mereka cuba menyejukkan diri dengan air atau berteduh Satu ketika
mereka semua berteduh di bawah setompok awan maka Allah pun menurunkan kepada
mereka azab kepanasan atau sebaliknya dan kemudian tanah yang mereka pijak
bergegaran lalu kedengaran satu teriakan dari langit yang mencabut nyawa dari
jasad mereka . Nabi Syuaib wafat di Makkah dan bersamanya ketika itu segolongan
orang yang beriman dan kubur mereka terletak di Barat Makkah antara Darun
Nadwah dan Dar Bani Sahm . ( Qasasul Anbiya’ )
Nabi Ayub
Nabi Ayub as berasal daripada Rom . Baginda adalah Ayub bin Musho bin Zirakh
bin al-I’s bin Ishaq bin Ibrahim as . Dikatakan isterinya bernama Liya binti
Yaakub as . Nabi Ayub as mempunyai harta , binatang ternakan dan peliharaan
serta hamba yang banyak di samping tanah yang luas . Anak dan ahli keluarganya
juga ramai . Kemudian Allah mengujinya dengan penyakit yang teruk dan hanya
hati dan lisannya sahaja yang tidak terjejas lantaran penyakit itu . Tetapi
Nabi Ayub sentiasa sabar dan sentiasa berzikir kepada Allah . Apabila dia
mengasingkan diri di kawasan terpencil maka isterinya turut menemaninya
sehinggalah dia disembuhkan Allah . Apabila baginda wafat usianya ketika itu 93
tahun . ( Qasasul Anbiya’ )
Nabi Nuh
Nama baginda adalah Nuh b. Lamik b. Matusylakh b. Khonukh ( Nabi Idris ) b.
Yarid b. Mahlayil b. Qinan b. Anush b. Syith b. Adam a.s. Jarak antara
kelahiran baginda selepas kewafatan Nabi Adam as adalah selama 126 tahun dan
ada juga yang menyatakan 146 tahun , 10 kurun lamanya antara waktu kelahiran
Nabi Adam dan lahirnya Nabi Nuh . Baginda menjadi Rasul apabila berusia 480
tahun dan berdakwah selama 950 tahun dan baginda hidup selepas peristiwa banjir
besar selama 350 tahun . Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa kubur
baginda terletak di Masjidil Haram . Tetapi ramai dari golongan yang
terkemudian menyatakan kubur baginda berada di al-Baqa’ yang dikenali hari ini
sebagai Karak Nuh dan masjid telah dibina disini dengan sebab kewujudan makam
tersebut . ( Qasasul Anbiya’ )
Nabi Luth
Nabi Luth as hidup pada zaman Nabi Ibrahim as kerana dia juga merupakan anak
saudara kepada Nabi Ibrahim as . Nama baginda adalah Luth b. Harun/Haran b.
Tarikh ( dikenali juga sebagai Aazar ) . Nabi Luth as telah pergi ke Bandar
Sadum dengan perintah Nabi Ibrahim as . Kaum Luth ketika itu melakukan
kemaksiatan yang paling teruk dilakukan sejak zaman-zaman yang sebelumnya iaitu
liwat atau homoseksual . Maka selepas dakwah yang dijalankan oleh Nabi Luth
ditentang kaumnya maka mereka seluruhnya yang mungkar dibinasakan Allah Ta’ala
.(Qasasul Anbiya’)
Zaid bin Harithah
Abu Usama Zaid bin al-Harithah dan merupakan sahabat termuda memeluk Islam
selepas Ali . Hamba yang dimerdekakan dan menjadi anak angkat Rasulullah SAW .
Menyertai semua peperangan bersama Rasulullah dan dilantik menjadi ketua dalam
beberapa ghazwah dan saraya .
Ja’afar bin Abi Talib
Sepupu Rasulullah dan abang sulung kepada Sayyidina Ali . Dari kalangan yang
pertama memeluk Islam .Mengetuai hijrah pertama dari Makkah ke Habsyah . Duta
Islam yang terkenal dengan uslub dakwahnya dan berjaya mengIslamkan Raja
Najasyi . Tangannya terputus semasa peperangan Mu’tah dan Rasulullah bermimpi
dia terbang ke syurga . Dia juga digelar sebagai Ja’afar at-Thoyyar .
Abdullah bin Rawwahah
Abdullah Rawahah bin Tha’labah bin Amru Qiys bin Tha’labah adalah cucu kepada
penyair Amru Qiys dan mewarisi kebolehannya juga . Penyair Rasulullah bersama
Hasan bin Thabit . Syairnya yang bertajuk Arasy Rahman sering diperkatakan dan
diperbahaskan oleh para ulamak Tauhid .
PERISTIWA …
Ashabul Kahfi
Kahfi dikatakan sebagai sebuah gua di gunung . Para ulamak berselisih berhubung
kedudukan gua ini sama ada terletak di Ailah atau Ninawa atau di Balqa’ atau di
Rom . Tujuh pemuda ini ( Miksilmina , Yamlikha , Maslitina , Marnos , Debronos
, Sawnos dan ar-Ra’ie ) dikatakan anak raja yang telah beriman pada hari
perayaan kaum mereka yang menyembah patung . Lantas mereka dikurniakan hidayah
oleh Allah dan melarikan diri dari negara itu yang diperintah oleh Raja
Diqyanus . Dinyatakan bahawa gua tersebut pintunya menghadap ke arah utara
manakala dalam gua tersebut menghala ke arah kiblat . Matahari ketika terbit
akan condong sedikit dari gua mereka ke sebelah kanan dan apabila terbenam
matahari akan menjauhi mereka ke sebelah kiri . Lantaran itu mereka ditakdirkan
Allah untuk berada dalam keadaan udara dan angin yang sejuk sehingga mereka
tidak mendapat mudharat dari kepanasan matahari . Anjing mereka bernama Himran
dan ada pula pendapat yang menyatakan Riyan atau Qithmir atau Basith atau
Naqiyya . Anjing ini dikatakan menjaga pintu gua tersebut manakala ketujuh
pemuda tidur selama 309 tahun Qamariyyah sehinggalah terjaga pada zaman
kerajaan Islam yang rajanya dikatakan bernama Dafsus / Afsus daripada tanah Rom
dan menukar namanya apabila memeluk Islam kepada Tarsus ( al-Bidayah wan
Nihayah )
No comments :
Post a Comment