Sunday, October 27, 2013

Dari Kamu Buat Diriku


ku sangka hidupku selamanya kelam
terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta
memaksa diriku menapaki jalan
arah kau pun hadir memberi cahaya
membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri
menuntun hati hatiku ke palung asmara
seakan ku hidup kembali dari matiku
engkaulah cinta yang selama ini aku cari
ku relakan jiwa
untuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
yang mampu melarutkan setiap sepiku hatiku
hati bukan untuk dimiliki
tapi hati untuk dicintai dan mencintai
ku relakan jiwaku padamu
seandainya waktu
tak pernah ptemukan aku dengan dirimu
akan ku biarkan mati hatiku selamanya
hingga kau datang membangunkan aku...
selamanya hatiku untukmu sayang... 

-MZS- 

ajari aku tuk bisa menjadi yang engkau cinta
agar ku bisa memiliki rasa
yang luar biasa untukku dan untukmu
ku harap engkau mengerti akan semua yang ku pinta
kerna kau cahaya hidup malamku
tuk terangi jalanku yang berliku
hanya enkau yang bisa
hanya engkau yang tahu
hanya engkau yang mengerti
semua inginku
mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
hanya engkau yang bisa mencintaiku

-MZS-





Buat Kamu

Dalam tangis sedu kecewa
Dikau hadir memberi cahaya
Memberi kasih dan sayang buat diri ini jatuh cinta
Cinta yang tidak pernah ku dapat
Cinta yang tidak pernah ku duga
Kau hadir membawa cinta
Kau hadir melenyapkan sepi meruntun hati
Kamu penyejujk hati insan yang selama ini ku cari
ku berikan seluruh jiwaku padamu
sayang cinta rinduku
buat kamu
insan yang ku cintai...

-MZS-

Jordan

Nama ...
Jordan di dalam Bahasa Arab disebut al-Urdun yang bermaksud kekuatan dan kejayaan . Dikatakan juga bahawa Urdun merupakan nama salah seorang dari keturunan Nabi Nuh as .

Kemerdekaan ...
25 Mei 1946

Kedudukan Geografi :
Barat Daya Asia
290 11’ - 330 22’ Utara dan 340 59’ – 390 18’ Timur

Kawasan ...
89 , 342 km2

Topografi ...
Kawasan Ghawr Jordan terletak di sepanjang Sungai Jordan . Laut Mati dan Wadi Araba . Laut Mati merupakan tempat terendah di dunia menjangkau 400 meter bersamaan 1300 kaki di bawah paras laut . Menuju ke Timur , ketinggiannya semakin bertambah dari utara ke selatan dengan direntasi aliran sungai dan lembah . Puncak tertinggi di Jordan adalah gunung Umm ad Dami setinggi 1854 meter dengan diikuti gunung Ram setinggi 1754 meter . Lebar maksimum tanah tinggi ini adalah 50 km . Kawasan timur Jordan yang gersang adalah sebahagian dari pedalaman Syam .

Iklim ...
Iklim padang pasir adalah panas kering sewaktu musim panas dan sejuk di musim dingin . Iklim Mediterranean ketara di kawasan berbukit dengan musim panas yang sederhana dan musim dingin yang sejuk . Manakala kawasan Ghawr adalah terlalu panas semasa musim panas dan agak hangat sewaktu musim sejuk . Purata suhu dalam bulan Januari di Amman , Irbid dan Aqabah adalah 7.3 , 8.5 dan 16.10C secara umumnya dan angka ini akan meningkat sehingga 24.7 , 24.7 dan 31.20C pada bulan Julai . Hujan tahunan mencecah sehingga ke 400 mm di Amman dan Irbid dan sekitar 37 mm di Aqabah
 

Tumbuhan Semulajadi ...
Tumbuhan padang pasir tumbuh dengan banyaknya di kawasan Timur Jordan manakala hutan , pokok oak dan pine tumbuh di kawasan berbukit terutamanya di Utara Jordan
 

Populasi ...
4 , 139 ,000 pada 1994

Kepadatan Penduduk ...
46 per segi Km
 

Bahasa ...
Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing utama
 

Agama ...
95 % penduduk Muslim , 5 % Kristian
 

Bandar Utama ...
Amman sebagai ibu negara seramai 964,000 penduduk , Irbid seramai 208,000 penduduk dan az-Zarqa’ seramai 344,000 penduduk ( Bancian 1994 )

Kewangan ...
1 Dinar = 1000 Fils = 100 Qirsh ( Piasters ) , 100 Dolar = 70.8 JD .

Sejarah Jordan ...
Bermulanya perkembangan masyarakat di bumi ini ialah dengan kewujudan beberapa kota bertembok yang muncul di Jordan sekitar 3200 SM . Ketika itu menyaksikan di Baratnya wujud peradaban Mesir dan tamadun Mesopotamia di bahagian Timurnya menjadikan Jordan sebagai laluan perdagangan yang sibuk . Zaman Besi menjelangnya kurun pertama SM menyerlahkan kewujudan kerajaan – kerajaan kecil seperti Edomites yang mentadbir di Selatan Jordan , Moabites bertapak di tengah Jordan , Amorites pula memiliki ibu kota mereka di Hisban di Selatan Amman , Ammonites menguasai sekeliling Amman manakala kerajaan Gilead menguasai kawasan Utara Sungai az-Zarqa’ . Selanjutnya Arab Nabatean mengasaskan kerajaan mereka di Selatan Jordan pada penghujung kurun pertama SM dengan ibu pemerintahan mereka yang kebal di Petra namun akhirnya kecundang kepada kerajaan Roman pada awal kurun ke-2 M . Roman telah mentadbir Jordan selama beratus-ratus tahun sehinggalah diambil alih oleh Empayar Byzantine yang berpusat di Konstantinopel dan bertanggungjawab menyebarkan Kristian di sini selama 400 tahun . Pada kurun ke-7 M , tentera Islam telah keluar dari tanah Arab dan menguasai Roman dan menjadikan Jordan sebagai tanah Islam sehinggalah sekarang . Pada 1916 , Raja Hussein telah melancarkan Pemberontakan Arab menentang kerajaan Othmaniyyah dan pada 1925 sebuah Emirate TransJordan telah diasaskan dengan Raja Abdullah ( datuk kepada Raja Hussein ) sebagai pemerintah . Jordan bebas sepenuhnya dari cengkaman Great Britain pada tahun 1946 .


INDIVIDU …

Nabi Yusha’ bin Nun

Baginda merupakan pengikut Nabi Musa as dan pernah menjadi teman musafir Nabi Musa as sewaktu diperintahkan untuk berjumpa dengan Nabi Khidir as oleh Allah Ta’ala . Baginda telah dipertanggungjawabkan untuk memegang bekas ikan dan memberitahu Nabi Musa as sekiranya ikan tersebut hilang ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Syuaib

Nabi Syuaib as diutuskan Kaum Madyan ( Bandar Madyan berdekatan dengan Ma’an di sudut Syam dan berhampiran juga jika dari sudut Hijjaz dengan Laut Mati ) Baginda adalah Syuaib bin Yushkhor bin Lawi bin Ya’kub . Malah ada juga pendapat yang menunjukkan pertalian nasab baginda dengan Nabi Ibrahim . Dikatakan juga datuknya atau emaknya adalah anak kepada Nabi Luth . Malah ada juga pendapat yang menyatakan baginda beriman ketika hari Nabi Ibrahim as dibakar Namrud dan kemudian mengikut Nabi Ibrahim as berhijrah ke Damsyiq dan ada pendapat lain menyatakan mereka berhijrah ke Syam dan keduanya berkahwin dengan kedua anak perempuan Nabi Luth as . Nabi Syuaib as digelar sebagai Pemidato Para Nabi kerana kepetahan dan keindahan ibarat yang digunakan dalam berdakwah . Antara kemungkaran Kaum Madyan adalah mereka merompak , menghalang dan mengganggu di jalan serta menyembah pokok ( yang besar dan merimbun ) di samping menipu dalam sukatan dan timbangan . Mereka diazab Allah dengan kepanasan yang amat sangat dan Allah kekalkan angin panas itu selama 7 hari dan tidak ada guna walaupun mereka cuba menyejukkan diri dengan air atau berteduh Satu ketika mereka semua berteduh di bawah setompok awan maka Allah pun menurunkan kepada mereka azab kepanasan atau sebaliknya dan kemudian tanah yang mereka pijak bergegaran lalu kedengaran satu teriakan dari langit yang mencabut nyawa dari jasad mereka . Nabi Syuaib wafat di Makkah dan bersamanya ketika itu segolongan orang yang beriman dan kubur mereka terletak di Barat Makkah antara Darun Nadwah dan Dar Bani Sahm . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Ayub

Nabi Ayub as berasal daripada Rom . Baginda adalah Ayub bin Musho bin Zirakh bin al-I’s bin Ishaq bin Ibrahim as . Dikatakan isterinya bernama Liya binti Yaakub as . Nabi Ayub as mempunyai harta , binatang ternakan dan peliharaan serta hamba yang banyak di samping tanah yang luas . Anak dan ahli keluarganya juga ramai . Kemudian Allah mengujinya dengan penyakit yang teruk dan hanya hati dan lisannya sahaja yang tidak terjejas lantaran penyakit itu . Tetapi Nabi Ayub sentiasa sabar dan sentiasa berzikir kepada Allah . Apabila dia mengasingkan diri di kawasan terpencil maka isterinya turut menemaninya sehinggalah dia disembuhkan Allah . Apabila baginda wafat usianya ketika itu 93 tahun . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Nuh

Nama baginda adalah Nuh b. Lamik b. Matusylakh b. Khonukh ( Nabi Idris ) b. Yarid b. Mahlayil b. Qinan b. Anush b. Syith b. Adam a.s. Jarak antara kelahiran baginda selepas kewafatan Nabi Adam as adalah selama 126 tahun dan ada juga yang menyatakan 146 tahun , 10 kurun lamanya antara waktu kelahiran Nabi Adam dan lahirnya Nabi Nuh . Baginda menjadi Rasul apabila berusia 480 tahun dan berdakwah selama 950 tahun dan baginda hidup selepas peristiwa banjir besar selama 350 tahun . Pendapat yang lebih kuat menyatakan bahawa kubur baginda terletak di Masjidil Haram . Tetapi ramai dari golongan yang terkemudian menyatakan kubur baginda berada di al-Baqa’ yang dikenali hari ini sebagai Karak Nuh dan masjid telah dibina disini dengan sebab kewujudan makam tersebut . ( Qasasul Anbiya’ )

Nabi Luth

Nabi Luth as hidup pada zaman Nabi Ibrahim as kerana dia juga merupakan anak saudara kepada Nabi Ibrahim as . Nama baginda adalah Luth b. Harun/Haran b. Tarikh ( dikenali juga sebagai Aazar ) . Nabi Luth as telah pergi ke Bandar Sadum dengan perintah Nabi Ibrahim as . Kaum Luth ketika itu melakukan kemaksiatan yang paling teruk dilakukan sejak zaman-zaman yang sebelumnya iaitu liwat atau homoseksual . Maka selepas dakwah yang dijalankan oleh Nabi Luth ditentang kaumnya maka mereka seluruhnya yang mungkar dibinasakan Allah Ta’ala .(Qasasul Anbiya’)


Zaid bin Harithah

Abu Usama Zaid bin al-Harithah dan merupakan sahabat termuda memeluk Islam selepas Ali . Hamba yang dimerdekakan dan menjadi anak angkat Rasulullah SAW . Menyertai semua peperangan bersama Rasulullah dan dilantik menjadi ketua dalam beberapa ghazwah dan saraya .

Ja’afar bin Abi Talib

Sepupu Rasulullah dan abang sulung kepada Sayyidina Ali . Dari kalangan yang pertama memeluk Islam .Mengetuai hijrah pertama dari Makkah ke Habsyah . Duta Islam yang terkenal dengan uslub dakwahnya dan berjaya mengIslamkan Raja Najasyi . Tangannya terputus semasa peperangan Mu’tah dan Rasulullah bermimpi dia terbang ke syurga . Dia juga digelar sebagai Ja’afar at-Thoyyar .

Abdullah bin Rawwahah

Abdullah Rawahah bin Tha’labah bin Amru Qiys bin Tha’labah adalah cucu kepada penyair Amru Qiys dan mewarisi kebolehannya juga . Penyair Rasulullah bersama Hasan bin Thabit . Syairnya yang bertajuk Arasy Rahman sering diperkatakan dan diperbahaskan oleh para ulamak Tauhid .

PERISTIWA …



Ashabul Kahfi
Kahfi dikatakan sebagai sebuah gua di gunung . Para ulamak berselisih berhubung kedudukan gua ini sama ada terletak di Ailah atau Ninawa atau di Balqa’ atau di Rom . Tujuh pemuda ini ( Miksilmina , Yamlikha , Maslitina , Marnos , Debronos , Sawnos dan ar-Ra’ie ) dikatakan anak raja yang telah beriman pada hari perayaan kaum mereka yang menyembah patung . Lantas mereka dikurniakan hidayah oleh Allah dan melarikan diri dari negara itu yang diperintah oleh Raja Diqyanus . Dinyatakan bahawa gua tersebut pintunya menghadap ke arah utara manakala dalam gua tersebut menghala ke arah kiblat . Matahari ketika terbit akan condong sedikit dari gua mereka ke sebelah kanan dan apabila terbenam matahari akan menjauhi mereka ke sebelah kiri . Lantaran itu mereka ditakdirkan Allah untuk berada dalam keadaan udara dan angin yang sejuk sehingga mereka tidak mendapat mudharat dari kepanasan matahari . Anjing mereka bernama Himran dan ada pula pendapat yang menyatakan Riyan atau Qithmir atau Basith atau Naqiyya . Anjing ini dikatakan menjaga pintu gua tersebut manakala ketujuh pemuda tidur selama 309 tahun Qamariyyah sehinggalah terjaga pada zaman kerajaan Islam yang rajanya dikatakan bernama Dafsus / Afsus daripada tanah Rom dan menukar namanya apabila memeluk Islam kepada Tarsus ( al-Bidayah wan Nihayah )